PENGENALAN

Komputer Murah Online menawarkan Skim Pinjaman pembelian komputer bagi kakitangan agensi kerajaan dan mana-mana agensi yang berdaftar dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia.

Kemudahan ini bertujuan membantu kakitangan agensi kerajaan dan anggota koperasi memiliki komputer melalui pembiayaan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA). Hal ini demikian dapat memudahkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kami juga menawarkan pembelian komputer kepada kakitangan agensi kerajaan yang mempunyai sewaan komputer dengan syarikat kami; dimana selepas kontrak sewaan berakhir, tawaran ini akan diberikan kepada kakitangan dan jika berminat bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat Pemohon
  • Pemohon berstatus kakitangan agensi kerajaan Malaysia atau kakitangan syarikat yang berdaftar dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia.

  • Pemohon berstatus jawatan tetap dan berkerja secara sepenuh masa di agensi kerajaan atau syarikat yang menganggotai Angkatan Koperasi Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).

  • Pemohon yang layak mestilah berumur antara 21 – 55 tahun.

  • Pemohon layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer. Bagi memohon pinjaman yang baru, pemohon perlu menyelesaikan pinjaman komputer sebelum ini terlebih dahulu.
Syarat Pinjaman
  • Jumlah maksimum pinjaman komputer adalah sebanyak RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit Malaysia Sahaja).
  • Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah maksimum.
  • Jenis komputer yang dibenarkan hanya desktop dan laptop serta perkakasan yang lain seperti mesin pencetak (printer) dan projector; tidak termasuk peranti tablet dan telefon mudah alih.
  • Pilihan spesifikasi komputer atau perkakasan berdasarkan tawaran di “Market Place” atau melalui emel sahaja.